Sabtu, 19 Disember 2009

Cekdu 2

Setelah hampir 2 bulan aku mengajar kelas pemulihan,,aku ditugaskan pula untuk mengajar sains darjah 4 dan 3 serta bahasa melayu darjah 2..semakin mencabar sebab berhadapan dengan murid yang ramai dan kelas hujung plak tu!mmmm..tapi tak sabar jugak nk melaluinya,,
Cabaran yang paling besar bagi aku ialah bila budak2 ni bergaduh sesama sendiri dalam kelas,,adoooiii haru biru jadinya!!memang sangat ganas budak2 sekarang ni,,kalau takde yang menangis memang tak sah!haiiiii,,



Aku: "Ok,salin semua hok cikgu tulis ni deh!"
Kerol: "Letih la cikgu,,ni kan bule poso,,kito poso ari ni..Cikgu!nak gi tandas!"
Beberapa minit kemudian,,,
Kimi: "Cikgu!kito tengok Kerol minum air paip sakni!ahaa bata poso!"
Kerol: Sambil tersengih2.."Kimi kecek nipu cikgu!"



Mulutnya basah...


Aku: "Ok,hari ni kita akan buat kad ucapan untuk ibu,,sape sayang mak dia,dia mesti buat lawa2,,"
Diwari: "Mok kito cera dah ngan ayoh,,"
Fatihah: Sambil tunduk,,,"ma saya tak dok dah,,ada ayah je.."
Aku: "Oooo........(speechless)..Ok,buat lah untuk sape2 jer yang awak sayang ye,,"

Terima kasih tuhan,
Kerna secebis kenangan ini,
Membuatku mengerti,
Membuatku sedari,
Bahwa isi hati anak2 ini,
Perlu di dengari,
Mereka jua punya hati,
Yang minta diselami,
Kerna sesungguhnya,
Erti hidup ini perlu dikongsi,



"Selamat Hari Raya Cikgu..Saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana mengajar saya,,saya sayang cikgu,sayang guru besar saya dan sayang sekolah saya,,"


Rindunyaaaaaa....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan