Sabtu, 19 Disember 2009

Cekdu 2

Setelah hampir 2 bulan aku mengajar kelas pemulihan,,aku ditugaskan pula untuk mengajar sains darjah 4 dan 3 serta bahasa melayu darjah 2..semakin mencabar sebab berhadapan dengan murid yang ramai dan kelas hujung plak tu!mmmm..tapi tak sabar jugak nk melaluinya,,
Cabaran yang paling besar bagi aku ialah bila budak2 ni bergaduh sesama sendiri dalam kelas,,adoooiii haru biru jadinya!!memang sangat ganas budak2 sekarang ni,,kalau takde yang menangis memang tak sah!haiiiii,,



Aku: "Ok,salin semua hok cikgu tulis ni deh!"
Kerol: "Letih la cikgu,,ni kan bule poso,,kito poso ari ni..Cikgu!nak gi tandas!"
Beberapa minit kemudian,,,
Kimi: "Cikgu!kito tengok Kerol minum air paip sakni!ahaa bata poso!"
Kerol: Sambil tersengih2.."Kimi kecek nipu cikgu!"



Mulutnya basah...


Aku: "Ok,hari ni kita akan buat kad ucapan untuk ibu,,sape sayang mak dia,dia mesti buat lawa2,,"
Diwari: "Mok kito cera dah ngan ayoh,,"
Fatihah: Sambil tunduk,,,"ma saya tak dok dah,,ada ayah je.."
Aku: "Oooo........(speechless)..Ok,buat lah untuk sape2 jer yang awak sayang ye,,"

Terima kasih tuhan,
Kerna secebis kenangan ini,
Membuatku mengerti,
Membuatku sedari,
Bahwa isi hati anak2 ini,
Perlu di dengari,
Mereka jua punya hati,
Yang minta diselami,
Kerna sesungguhnya,
Erti hidup ini perlu dikongsi,



"Selamat Hari Raya Cikgu..Saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana mengajar saya,,saya sayang cikgu,sayang guru besar saya dan sayang sekolah saya,,"


Rindunyaaaaaa....:)

Jumaat, 18 Disember 2009

"Cekdu 1 "

"Cekdu!ari ni nak blaja gapo?"
"Cekdu!tengok Duwe ni ambik roba kito!"
"Cekdu!!abih dh ko maso?!..Cekdu!bla bla bla,,"
bila ingat balik semua ayat2 ni,,aku akan gelak sorang2,,haha sungguh indah saat itu,,semuanya bermula bila aku abis belajar bulan 6 ari tu,,tak tau nak buat apa,,abah aku pun suruh la aku jadi cikgu ganti untuk 3 bulan,,dalam hati bercampur baur,,tapi naluri kata nak,,jadi aku pun setuju jelah,,lagipun sekolah tu dekat jer dengan rumah aku,,jalan kaki pun boleh sampai,,,tapi setelah berpeluh agak banyak laaa,,,hehe
alkisahnya aku pada 28.6.2009 aku pun melangkah ke SK Seri Neting bertemankan Modenas BHA6665 aku,,mula2 sampai aku tengok ada la 2,3 orang budak2 duk bersalam ngan cikgu diorang yang baru keluar dari kereta,,dalam hati,,"bagusnya student2 kat sini,,anak sapo la nii,," semua budak2 kat situ cam pandang semacam jer kat aku,,takut gak aku,,kot2 la terpakai selipar 'kawin' ke,,bila cek2 semua ok jer,,ahh!bialah!mungkin sebab aku naik motor buruk,,huhu
Selepas selesai melaporkan diri,aku pun di beri la penerangan serba sedikit tentang tugas aku,,aku mengajar bm dan matematik untuk kelas pemulihan dan juga sains darjah 2..PK1 tu pun cakap kat aku "mula2 masuk kelas kena buat muka garang tau,,supaya budak2 tu takut dan hormat kat kita" Tapi aku tak ikut pun nasihat dia dan akibatnya semua budak2 tak takut kat aku!!!uuwaaaaaa!!!
Aku pun memulakan lah tugas aku sebagai seorang guru,,kelas pemulihan ada 5 orang student darjah 2 "Duwe-sangat nakal tapi akan rajin bila di puji, Kimi-sangat comel dan cermat, Zakira-inginkan perhatian,Yuni-mesti bawak tuala warna hijau, Ain-sangat pandai matematik" darjah 3 pulak ada 5 orang "Miro-suka cerita hal kluarga,Nuri-pelat ,Shikin-kakak kepada Ain, Parih- kawan2 panggil Pok Cek sebab dia sangat kecik..dan sorang lagi aku tak ingat nama apa sebab dia sangat2 pendiam,,
Bersama mereka aku harungi suka dan duka,,

Aku: "Zakira,kenapa tak basuh tudung ni?Marin pakai hok ni dah"
Zakira: "Mok masuk spita,branok,,
Aku: ....

Ain: "Cekdu!gigi kito patoh!Duwe sepak sakni!"
Aku: "Duwe!Bakpo sepak Ain nyo!"
Duwe: "Dia kenak kito dulu!"
Aku: " iiii banyaknya daroh!Takut cikgu!X sakit ke?"
Ain,Duwe,Yuni,Zakira: "hahahaaha.."

Aku: "Parih!Cpat tulis huruf "l" cikgu nak tengok!"
Parih: "l" lagu maaaanooo!"
Aku: Sambil mengangkat pensel "Ni!supo kale!"
Parih: "Ooo,,tau2!"
Aku: "Tulih huruf "m" plok!"
Parih:"M" lagu maaaaanooo!"
Aku: "Tulunnnnnn!!!"

Nuri: "Cikgu!marin ayo(saya) napok cikgu naik motor,,buruk motor cikgu"
Aku: "Ho la,,siye ko cikgu naik motor buruk jah,,nati Nuri kena blaja panda2 la bulih beli keto ko cikgu,,"
Nuri: Uhh!malah ayo..

Miro: "Cikgu!Marin ayoh kito igak ude galoh beeeeesar la cikgu!"
Aku: "Ooo..biso ayoh awk,,bo lah,,nulih cepat!"
Miro: "Nulih dah ni,,pah tu cikgu,ayoh kito wak wau ike,,pahtu bla bla bla,,"
Aku: "Aduhai,,"

Pada zahirnya aku yang mengajar mereka...

Dari kiri : Zakira,Yuni,Ain,Kimi,Duwe

Namun....

Dari kiri : Miro,Nuri


Mereka sebenarnya,,,

Shikin



Tak ingat nama..

....yang mengajarku sesuatu....